Followers

Showing posts with label Me~Myself~I. Show all posts
Showing posts with label Me~Myself~I. Show all posts

Kembar


Epilog kisah dia, dengan kehidupannya.

Tatkala dia meluahkan segala rasa,
Sebak yang meraja,
Dia sedar hakikat yang diduga,
Ada kalanya mengundang nestapa,
Tapi apakan daya,
Itu sahaja jalan yang dia punya.

Aku,
Terusan di sini menjadi pemerhati,
Walau tak jelas di air muka ini,
Tapi aku sendiri mengerti,
Kerana akulah si empunya diri.


Sudah jauh rupanya aku berjalan, namun masih jauh di hadapan. Berhenti sebentar, lalu lelah terlepas.
Allah, untuk apa aku mengeluh andai benda sekecil ini cuma masih belum mampu buat kau teguh.
Gagahkan kaki melangkah ke hadapan, walau penuh dugaan.

Darah



Kalau saya bisa untuk muntahkan semuanya
Mungkin awak akan nampak beberapa titisan darah
Awak mungkin juga akan hairan
Mana datangnya darah itu
Sehingga satu hari nanti bakal awak mengerti
Darah ini dulu dari luka yang awak toreh dalam hati


Kemalasan.



Aku malas.
Bila dia datang, aku jadi malas.
Hadap je korea duapuluhempat/tujuh
Boleh pulak hadap korea jadi tak malas?
Cuba selak buku.
Tak sampai cukup sebelah tangan mukasurat dah menguap
Terlebih singa sepuluh hari tak makan.

Baru Awal Muharram kau dah malas.
Macam mana kalau malas tu melarat sampai boleh gugat kedudukan kau kat sana nanti?

Rasa macam ada peluru terlepas dalam kepala.
Tutup semua, muhasabah diri.
Menyimpang dah!
Mula balik baca doa sebelum belajar.
Jauhkan dari syaitan!

Hehe. Bittaufiq wannajah fil imtihan :)


Bogoshippo?



Rindu pada kau itu satu perkara yang tak akan ada penghujungnya. Tapi masih lagi aku kecewa biar kau ada di depan mata. Mungkin kau perlu faham erti rindu yang sebenar. Aku rindukan kau yang dulu. Namun untuk melepaskan semua yang berlalu begitu sahaja masih buat diri rasa tak rela. Entah bila penghujungnya.

Bukan soal pendam, bukan soal dendam. Sekelumit tiada, namun hati terus berbicara. Adakah kau masih rasa segalanya, dan hargai apa yang dibawa oleh kita bersama-sama? 

Sakit jatuh ini sudah berkali, tapi aku masih belum serik untuk terus mengharapkan seperti apa yang ada dalam minda. 

Dia yang mengerti hati-hati kita yang lalui semuanya. I'm really looking forward what is the best for us. 

Dosti.

Road Not Taken. Life Path



"Dalam dunia ini, semua yang ada adalah milik Dia, milik Allah. Nyawa kita, tubuh badan kita. Tapi ada satu benda sahaja yang milik kita iaitu pilihan."

Keterlibatan dalam dunia bulatan indah yang buat aku tahu ayat di atas ini. Yang sentiasa aku fikirkan sejauh mana aku gunakan pilihan itu sebaiknya sebagai perkara yang satu-satunya milik aku dalam hidup ini. Bukankah setiap pilihan kita akan sentiasa membawa kebahagiaan sepatutnya?

The Road Not Taken.

Everyone does make choice in life. So do I. My life decision sometimes make me happy, sometimes make me feel so terrible. Setiap pilihan yang dilakukan juga merupakan ujian kepada aku. Tidak kira sama ada ianya menggembirakan aku ataupun tidak, agenda di sebalik kejadian ada pada Dia.

Seringkali kita ungkapkan, "Kalau aku pilih jalan itu dulu, mungkin aku tak macam ni sekarang". Tapi siapa tahu, mungkin jalan yang tidak dipilih akan lebih mendatangkan keburukan kepada kita berbanding kebaikan. Dalam jalan yang telah dilalui, kau cuma perlu sentiasa kuatkan hati, cekalkan jiwa bahawa semuanya akan sentiasa baik-baik sahaja. 

Always renew your heart to the highest one. Tapi ada kala, proses ini bukan semudah yang disangka. Bila semangat berada di bawah kawalan mental yang tidak begitu membantu, datang segala seruan semangat, untuk satu jangka masa kau hanya akan termenung, berfikir dan terus berfikir. Jangan kau persenda jika dia sukar peroleh semangat dalam sekelip mata. Mungkin ianya terlampau berat sehingga tak tercapai dek akalmu sejauh mana perasaannya ketika itu. 

The road not taken, the road not taken. Berulang kali main dalam kepala. Mohon redha dengan semuanya. Dia ada untuk menguatkan. Sentiasa ada. 


Nota kaki : Aku cuma mahu jadi insan biasa sahaja di hadapan kalian, dan aku mahu jadi insan bahagia yang biasa tapi mampu ukir senyuman seikhlas jiwa. Tetaplah seorang insan biasa.  


Cahaya Jiwa




Terseru satu nama dalam minda. Kalau ingin diungkap segala rasa tak akan pernah cukup helaian diari mahupun belahan dalam jiwa.

Namanya aku kira cukup berharga dalam perjalanan aku meniti denai hidup yang kadang lecah dek basahnya hujan yang sering menghasilkan lopak dan tak kurang juga kadang yang kering kontang dek panasnya mentari sehingga menghauskan tekak. 

Berdiri aku terkaku di satu sudut melihat si empunya nama dari pelbagai dimensi. Walau dari belakang, kanan, kiri apatah lagi dari hadapan aku cukup kenal dengan susuk tubuh itu. Tafsiran apa yang ada dalam hati, aku yakin dia akan cukup mengerti. Perlahan bibir mengukir senyuman tatkala mengenangkan tanah hati yang pada aku dulu mungkin sudah mati tetapi kembali dibajai dan disemai dengan benih perkenalan yang entah aku sendiri tidak pernah membayangkan ini semua yang akan terjadi. 

Kuasa apa yang merasuk diri aku malam ini, semuanya melintas masuk dalam minda tanpa henti. Satu persatu kenangan sepertinya sedang berpusu-pusu untuk diingati. Ya, aku tidak akan lupa. Akan terus tersemat dalam jiwa biar menjadi matahari yang sentiasa menjadi punca kepada bercahayanya hidup ini. 

Entah mampu kau mengerti segala yang aku coretkan ini. Sekadar luahan hati yang sepi namun aku rasakan kini sepertinya muncul pelangi setelah aku titipkan semua ini. 


Would you know why I put the picture of a tree? Would you wonder about this? I wonder your thought.

Fate


Ada masa kita kata tak apa.
Tapi kita terluka. 
Ada waktu kita cuba lupa. 
Tapi kita sentiasa diingatkan. 
Ada kala kita rasa sudah redha. 
Tapi kita masih rasa derita. 
Ada ketika kita tak tahu kenapa. 
Tapi kita dibiar hampa. 
Sampai tahap ini kita cuma perlu yakin Allah ada menyediakan sebab atas segala sesuatu. 
Mungkin bagi kita itu kesedihan, sebenarnya petunjukNya atas sesuatu yang lebih baik untuk kita.


Apa pun yang Allah dah aturkan untuk kita.
Sekalipun tak pernah ada dalam angan-angan dan harapan kita.
Bersyukurlah.
Sekurang-kurangnya Dia masih memandang kita dengan kasih sayang
Dengan mencukupkan apa yang kita perlukan.
Bukan dengan beri apa yang kita mahukan.
Kerana Dia itu Maha Teliti dan Maha Tahu. 
Dengan apa yang Dia lakukan.
Terhadap apa yang Dia dah ciptakan.
Yang kita perlu buat.
Cuma tadah tangan dan senyum dengan setiap pemberian.
Alhamdulillah.
Nikmat dan ujian itu realiti dalam kehidupan.
Tak indah hidup kalau satu kurang.
Nak nampak indah pelangi pun.
Perlukan matahari dan hujan.







*****





She was like the moon
The parts of her was always hidden away
But you came, out of blue
Discover everything she's going through
Every little tears and smiles
She's lucky to have you




Until the day, she begins to write again in the journal
What had happened to her someday
Somehow makes her spirit lost
Lost to be loved, lost to feel love, lost to have hope
But you still there
To give and cherish the life of a girl




*****


Don't you dare tell me I'm beautiful
Until you've seen my scars
That carve my body
And the blood
That pours out my soul


Don't you dare tell me I'm lovely
Until I completely shut you out
Because I swore to myself
You are just like the rest
And you'll get sick of me


Don't you dare tell me I'm flawless 
Until you've seen me break down into tears
I'll show you the darkness
That consumes me 
And you'll run away


But you
Have seen my scars
Bitterness
And darkness
That perhaps now
I believe in you









*****



The letters I write
And the stories I will tell
Are filled with your name

I couldn't find any best words to interpret this feelings
The only thing I could say
Is simply like
I miss you
And I really do

Alam Diri Manusia



Duduk termangu di satu sudut.
Mungkin sudah menjadi rutin untuk terus memerhati dan berfikir.
Kerana itu yang mampu membuahkan aksara buat tatapan pembaca setia.

Mata memandang sekeliling 'alam', ada kekosongan yang dirasa.
Terkadang yang menjadikan 'alam' itu indah adalah diri kita sendiri.
Kerana kita yang bertanggungjawab atas semuanya.
Namun dia terus dengan dunianya, tanpa menaakul 'alam' yang dibawa bersama sekalian makhluk yang lain.
Alam ini mungkin juga alam ciptaan Dia
Tapi aku hari ini berbicara tentang alam diri kita


*****

Tentang luka yang tersisa,
Air mata yang tersembunyi,
Tentang ketawa yang pura-pura,
Senyuman yang jelas direka.

Kau sendiri tahu,
Terkadang matamu pun tak mampu menipu,
Seperti hatimu yang tak selalu kuat bertahan,
Dan senyummu yang tak ikhlas,
Serta tawamu yang kedengaran janggal.

Aku tahu,
Kau sedang bergelut,
Memang ianya tak mudah,
Dan taklah ianya terlalu sukar.

Cuma, 
Bila ianya adalah soal perasaan,
Maka ia adalah hal tentang masa dan penerimaan.

Dan terkadang, ia memang terpaksa kau jalani sendiri.
Atau cuma berdua.
Kau dan Dia


*****


Teman Perjalanan Sebuah Kehidupan



Engkau menatap penuh sendu,

Lalu satu coretan kau lakarkan buat dua jiwa yang memangku tiap aksara merajai minda. Dengan deraian air mata tiada hentinya lalu bagaimana kau ingin meluahkan rasa? Perasaan yang hanya Dia ketahui betapa kekecewaan dan ego yang menguasai itu telah membuat semuanya hampir musnah buat kali kedua.

Terkadang, apa yang ada di dalam hatimu tidak terlahir di bibir. Mereka lebih mengetahui dirimu. Dan hanya Allah mengetahui segalanya.

Segalanya terimbau saat apabila engkau dan mereka mula mengenali antara satu sama lain sejak pertama kali. Tanggapan awal yang membuat perkenalan itu menjadi lebih erat dan segala perkongsian membuatkan jiwa semakin dipaut. Biarpun kau dan mereka berbeza, namun atas dasar aksara-aksara itu kau bersatu menyulam rasa sayang yang  biar apa pon yang terjadi, tak akan mampu untuk kau uraikan kimia ajaib itu. 

Seandainya sahaja mereka tahu betapa rindu itu tiap kali dirasai dan membuatkan engkau kerapkali menyendiri. Kesana, kemari bersendiri. Hanya untuk mencari diri dan hanya untuk memperbaiki. Betapa kosongnya jiwa tanpa mereka itu semua sudah kau rasai. Dan engkau tidak mahu semuanya pergi lagi.

Kata orang, semakin kita sayang akan seseorang semakin kita akan terus diuji dengan bermacam cara. Mungkin ini ujian untuk menguatkan lagi rasa sayang antara engkau dan mereka? Engkau hanya mampu berdoa sambil merenung bebola salji itu. 

Saat ini, engkau merindukan pelukan sahabat syurga dunia iaitu mereka. Namun, kau cuma mampu memeluk dalam doa. Semoga semuanya akan terus bahagia. Butir jernih gugur lagi

Selak-selak kalamullah, engkau terlihat ayat ini

”Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah”
(Surah an-Nisa ayat 28)

Dan kerana itu, Allah wujudkan pertemuan engkau dan mereka.

Pendam



Selalu aku dengar orang kata macam tu. Dan atas sebab ramai sangat gunakan ayat kat atas ni lah, yang banyak jadi punca perbalahan dan pergaduhan antara manusia keliling aku.
 
Sikit-sikit nak berahsia, sikit-sikit nak pendam. Atas alasan apa? “Some things are better left unsaid.” Hasrat di hati tak ingin mengeruhkan keadaan, tak nak menambah kedukaan, tapi di akhirnya? Sia-sia. Yang dipendam, kekal terendam dan jadi dendam. Yang dirahsia, berparut luka dan bikin sengsara.
 
Dan di saat kau sedar ada benda yang harus diluahkan, segala-galanya tidak dapat lagi diperbetulkan. Kerana apa? 

Diri sendiri. Terlalu berhati-hati menjaga hati.

Perpisahan dan Kerinduan





"Biarlah bila kita bertemu, kita tak akan rasa jemu.
Bila kita berpisah, kita tak akan rasa gelisah.

Semuanya kerana Allah"


Selongkar almari hati terus cari pemahat, ukir bait-bait kata ini sampai mati.
Kerinduan? Satu rasa yang tak mungkin dan tak akan pernah pergi dari hidup dia.




Bab 1.
Insan itu pergi kala dia masih mencari diri. Tapi untuk seketika itu, apa yang dia mampu mengerti?
Dia masih kanak-kanak suci yang belum hadam dengan apa yang telah terjadi. 
Dia masih tidak mampu memahami percaturan Ilahi.
Langsung tidak menangisi pemergian insan yang dikasihi.
Malah, masih mencari ke mana pergi tatkala dia ingin meluahkan rasa di hati.
Hingga satu ketika, dia mula menyedari akan perpisahan yang terjadi.
Ini semua urusan dan kehendak Allah yang hakiki.
Dia pasrah, namun terkadang kerinduan itu merajai emosi. 


Bab 2.
Mereka bertemu seketika cuma. Usia perkenalan juga masih belum matang di minda.
Namun persahabatan yang terjalin menjadi titik tolak kegembiraan bersama.
Perpisahan bermula. 
Doa sering dipanjat di segenap ruang yang ada.
Mengharap yang di sana masih mengingati dan mendoakan dia.
Begitu juga yang di sana saling bertukar doa.
Seringkali kerinduan bertukar menjadi air mata. 
Tapi apabila semuanya kerana Dia, hati dicekalkan jua.
Kerana mereka yakin pasti ada hikmahNya. 


Bab 3.
Hening malam terganggu dengan bunyi sendu itu. 
Ada gadis di satu sudut yang tidak mampu menafsirkan pilu.
Ada sesuatu yang membelenggu. 
Bicara yang dia laku kini cuma alunan gemersik kalbu.
Yang kelihatan segala rasa bertamu tika langit sentiasa biru.
Mungkin wujud rindu yang terlalu antara dia dan kamu?
Yang tak mungkin siapa pun tahu kecuali Dia yang satu.
Dan dia mulai yakin bahawa rindu itu pasti menemukan temu. 



Suara rindu berguruh dalam hati yang rapuh. Seolah ia tak akan pernah luruh. Bunuh sepiku dengan alunan kalam indahMu. Ingat, rindu itu juga ujian! 


Semua Itu RahsiaNya


Berjanjilah,
Walau apa yang berlaku,
Kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.

Berjanjilah,
Walau apa pun yang akan terjadi,
Kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.

Berjanjilah,
Bahawa walau sekuat mana kita diduga,
Tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya DIA
“Kenapa”

Berjanjilah,
Bahawa walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
Kita masih juga akan tetap percaya,
Bahawa mendung akan akhirnya pergi,
Dan langit akan kembali biru,
Seperti suatu masa dahulu.

Berjanjilah,
Bahawa walau apa pun yang terjadi,
Kita akan sentiasa optimis dan percaya,
Bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.

Berjanjilah,
Untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
Mempersoal takdir dan bertanya mengapa,
Lantas berputus asa.

Berjanjilah,
Untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa,
Tersenyum dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukanNya

Can I Skip The Date?

Today, tomorrow. What had happened in the past. I just don't want it to repeat the memory. I'm scared of being disappointed again. Hoping on it too much will make me sad.

Everyone is planning on going home this weekend. Awal Ramadhan with their family. I don't what's this feeling is all about.

Dalam diam, harapan yang terbina itu tinggi. Tanpa aku sedar. Walau aku sudah cuba menghalangnya daripada berlaku. Boleh tak kalau hari esok tak wujud? So that aku tak akan berharap apa-apa, tak ingat apa-apa, dan aku tak akan rasa kecewa apa-apa. =/

Rasa kecewa dulu masih belum pulih dalam diri. Trauma bila terlalu berharap akan dapat seperti orang lain.
Pathetic

Moga Allah memelihara diriku dari kekecewaan. InsyaAllah Amin =)

Home Vs Exam? Of course la HOME !



4 days more to go. 2 paper to be sit. And I'm going to be at home about three weeks ! Dah macam-macam plan ni menjelang cuti sekolah. And part yang tak berapa nak best is when I need to survey for the wedding dress. The design, the colour. And I'm going to be very picky with all this. Nasib baik ada mak yang nak tolong. Nak harap kak memang tak jalan la semua ni. =.=

Simple. Nice. 


Balik cuti bermakna berakhir la semester kali ni. And I'm going to be one step closer to my graduation. Pengalaman mematangkan anda. And degree's life is a very hectic for me sampai kekadang tu rasa macam give up. Tapi yela mungkin sebab baru je lagi kan? Baru nak adapt semua. So, lepas muhasabah diri apa semua tu, everything is going back to normal. Praise to Allah, semuanya berjalan dengan lancar dan semoga nikmat ni berterusan sehingga ke akhirnya. Amin. =')

Plan cuti ni nak pergi berjimba dengan Mija dekat KL. Nak main ice skate ! Wohoooo, tapi masalahnya mak ayah pon belum tanya lagi. Rasa macam tak lepas je. Tapi dah plan lama kot, cena nak pergi jumpa soulmate bestie sweetheart semua ni. Uhuuuu. *sedih*
Mak, boleh la ea bagi Angah pergi sana? Kejap je. Tiga empat hari pon dah cukup, ye? Ye? *mata berkaca*
#berangan je pandai

Actually, there's too many things happen in this semester. And everything that happen makes the new me. Insya Allah, mungkin lebih baik dari sebelumnya. Apa pon semoga segalanya istiqamah sehingga ke akhirnya. Amin.

So guys, tak boleh nak mengomong lelama kat sini. Need to study sebab esok petang ada paper. Huhee, boleh lagi mengeblog eh? =P

Mood tak selalu datang, bila sekali datang, kena hargai. Hahaha, macam tu plak eh? Btw, thanks for lending the time here. May Allah bless. Amin. 

Nota dandel : Do pray for me guys, may Allah ease everything. Insya Allah. =')

I'm back !

Assalamualaikum semua ! *sedia penyapu, penyapu sawang, sodok, mop lantai and etc*

Ya Allah, lamanya tak update blog ni. Esh, esh, esh. *geleng-geleng kepala*

Kesian ye kat awak, diabaikan saat busy dengan dunia. =.=

Okay, okay hari ni nak spend time sikit. Nak update sikit. Before sit for final exam, nak relax jap dengan cara ni. Rasanya terlalu banyak perkara yang aku terlepas nak updatekan.

Kawan, kau ada kawan tak? Sebab apa kau kawan dengan orang tu? Harta? Nama? "Huh, persetankan itu semua !  <---- ayat favourite ni hehe ! =P

Tahun ni banyak mengajar aku erti persahabatan, perhubungan, hidup, Lillahi Taala. Banyak khilaf aku selama ni rupanya. Yang tanpa sedar, aku alpa, leka dan jatuh jauh dariNya. Sedikit sebanyak memberi kesan terhadap persahabatan yang aku jalinkan.

Aku bersahabat dengan mereka kerana Allah, ingin bersama menuju Jannah Fidausi. Insya Allah.












Moga kita bersama selamanya. Yang soulmate, bestie yang takdak gambarnya dalam ni, mohon maaf na. Gambar banyak lost, tapi xlost dari dalam hati. Huhee, sweetnya ceq ! =D

Let It Go



It doesn’t matter anymore
Things happen for a reason
Tears eventually fade, and one day everything will be exactly how it’s supposed to be

Moving on is a process,
and you have to promise yourself that you’re really ready to let go

p/s - Be strong Wanifina !

" Assalamualaikum cikgu ! "

Let the picture tells you everything. =')
SBE 1- Day 1 to Day 3

Standard 3 ! Kecik kan? 

Meet my new boyfrie, Yumni Zikri. *yang dok macam garu kaki tu* 

Kita isi rekod kelas dulu ! ^_^

Budak ni suka usha orang, bila orang tengok dia memalu hee~

Ops they kiss me ! ^_^

We are the teachers ! Yeaayy and we are childish heeee

He's my apple pie, Aiman =')

They are besties and they are my lover.

Cikgu ni dah busy nak isi RPH, tepi pejabat pon jadi laaaa

Kami guru pengakap, mereka kanak-kanak istimewa pengakap ! =')

Cikgu tukar profesion jadi co-pilot sat !

Kami guru Malaysia ! 

Terrraaaaaa ~ Hehehe, Mazwan n Viswa.
*panjang kot lidah dia* =.=

He seek for my attention. I also did the same to him. =')



Pelihara Cintaku Ya Allah



Aku ingin memelihara rasa cinta ini

Status : 
Cinta dengan manusia. Kita melupakan 'dia' seketika. Kita kembali, 'dia' dan cinta mungkin akan tiada lagi di sisi.
Cinta dengan Ilahi. Kita melupakanNya. Kita bertaubat, kita kembali, dan DIA masih setia ada untuk menerima dan mengampunkan hambaNya. Itulah cinta yang hakiki. 

Layakkah aku untuk jatuh cinta? Aku gusar, aku bimbang. Aku tak ingin cinta yang melekakan. Aku tak ingin cinta yang membawa aku jauh dari agamaMu Ya Allah. Kuatkah aku untuk jatuh cinta?

Ya Rabbi, aku ingin mencintaiMu sepenuh jiwaku. Kerana aku tahu, aku yakin. Cinta bersamaMu tidak mungkin dikecewakan, tidak mungkin mencarik hatiku yang sekeping ini. Untuk menyayangi, untuk mencintai, untuk disakiti, sekeping hati ini sahaja. Aku ingin sandarkan jiwa, hati ini kepadaMu Ya Allah. 

Ya Allah, cintakanlah aku pada pemuda yang melabuhkan cintanya padaMu Ya Allah. Aku ingin cinta hingga ke syurga. Aku ingin mencintai dirinya kerana agama yang ada pada dirinya.

Engkau Maha Mengetahui segala apa yang tidak aku ketahui. Engkau jua yang mengetahui bahawa hati kami telah berhimpun dalam cinta kepadaMu. Telah berjumpa taat kepadaMu. Telah bersatu dalam dakwahMu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatan ini, kekalkanlah rasa kehambaan dan rasa cinta itu. Penuhilah hati kami dengan Nur Mu yang tidak pernah pudar. Temukanlah kami dalam mengejar syurgaMu Ya Allah.


Cinta hingga syurga

Nota dandel : Buat bakal imam, pemilik tulang rusuk. Sebak rasa di dada, aku ingin mencintaimu kerana Allah. Aku ingin bersamamu menuju mahligai Allah yang abadi. Persiapkanlah dirimu untuk membawaku ke syurga bersamamu, kerana aku juga sedang mempersiapkan diriku untuk menjadi suri yang solehah dan mentaatimu. Sandarkan cinta ini kepada Ilahi. Insya Allah beroleh rahmatNya. 


Duka Itu Tidak Berpanjangan, Percayalah Sayang =')

Sabar itu membawa kepada ketenangan hidup

"Tiada duka yang abadi di dunia, 
tiada sepi merantaimu selamanya" 

Kadang-kadang Allah beri kita dugaan, cabaran, ujian dalam menjalani hidup sebagai hambaNya di dunia. Tapi mengapa kita perlu berduka berterusan sedangkan dalam hati kita yakin bahawa Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hambaNya? 

Kadang, aku mengubat pedih, luka di hati itu dengan air mata. Dengan air mata, aku dapat rasakan kelegaan yang tak mampu aku lempiaskan pada sesiapa. Dengan air mata, aku berasa puas dan terluah apa yang ada di dalam hati. Ya, aku memang seorang yang mudah menangis. Sedangkan melihat anak-anak kecil dirotan sudah membuat hati aku hiba, apatah lagi luka yang aku sendiri rasa. Namun, sampai bila harus air mata yang menjadi peneman kala duka? 

Kenapa aku tidak terfikir, ujian ini mungkin kifarah terhadap dosa-dosa aku yang lalu. Allah masih mahu mengingatkan aku, Allah masih sayangkan aku. Allah tidak mahu aku terus lupa pada penciptaNya. Boleh jadi sesuatu yang aku inginkan itu tidak baik buat diri aku dan boleh jadi juga sesuatu yang tidak aku mahu itu sebenarnya baik untuk diriku. Sesungguhnya Allah mengetahui segalanya. Yakin dengan perkara itu. =')

Allah itu sentiasa ada bersama hamba-hambaNya

Sayang Wanifina, 

Mengapa berduka jika tahu Allah sentiasa bersama?
Mengapa berduka jika sedar Allah berada terlalu dekat?
Mengapa berduka jika percaya semua ini hanya sementara?

Jangan berduka sayangku, dunia tidak layak untuk membuat kita berasa sedemikian. Allah ingin semua hambaNya merasai dan menghargai nikmat yang diberikan. Tidak kira yang menggembirakan atau mendukakan. Itu semua adalah nikmat Allah kepada hambaNya =)

Nikmati hidup dengan kebahagiaan yang hakiki 

Nota dandel : Membuat aku tertawa sudah menjadi rutin. Moga Allah merahmati, Amin =)

Signature Chantek !







Eh, jgn jeles okay?
Hehehe, cantik kan?
Ada tapak tangan lagi.
Bukan tapak tangan saya ye?
Tapak tangan saya kecik skit kot. Heeee.. 
Itu tapak tangan orang yang buat ni kot
Sbb nmpak mcm kna spray je
Saya xble spray2 tgn ni..
Nanti rosak ! ( Ceh ! )
Hahahaha
*dya mula dah perangai pelik dya*

Okay, sape nak dengar cerita???
Wah ! Ramainya !
Sabar ye sabar. satu satu. okay ?
*giler ke hape wanifina ni mcm x siuman je aku ni apehal*
Hahaha. Xde, aku nak cte sal signature.
Credit to Mr. Luqman Hakim Uzairi
Aku mintak dya wat signature ni
Sbb dya wat kt blog nmpk chantek ja.
Hehehe
Nanti buley kot no wat utk kad kwen skali?
200 keping design special eh?
Hurm, bayaran tak payah la ea.
Kira mcm ni la..
Mai kenduri xpayah bwak duit. Heee
Ala, org pegi kenduri bawak duit dalam sampul 2 kan?
Utk Mr. Designer tak payah la bawak.
Hahaha, kira mkn free la..
2 kira bayar duit design n print kad kwen la no?
Hehehe, btw thanks !

-Izwani Salfinas-
:)