Followers

Road Not Taken. Life Path



"Dalam dunia ini, semua yang ada adalah milik Dia, milik Allah. Nyawa kita, tubuh badan kita. Tapi ada satu benda sahaja yang milik kita iaitu pilihan."

Keterlibatan dalam dunia bulatan indah yang buat aku tahu ayat di atas ini. Yang sentiasa aku fikirkan sejauh mana aku gunakan pilihan itu sebaiknya sebagai perkara yang satu-satunya milik aku dalam hidup ini. Bukankah setiap pilihan kita akan sentiasa membawa kebahagiaan sepatutnya?

The Road Not Taken.

Everyone does make choice in life. So do I. My life decision sometimes make me happy, sometimes make me feel so terrible. Setiap pilihan yang dilakukan juga merupakan ujian kepada aku. Tidak kira sama ada ianya menggembirakan aku ataupun tidak, agenda di sebalik kejadian ada pada Dia.

Seringkali kita ungkapkan, "Kalau aku pilih jalan itu dulu, mungkin aku tak macam ni sekarang". Tapi siapa tahu, mungkin jalan yang tidak dipilih akan lebih mendatangkan keburukan kepada kita berbanding kebaikan. Dalam jalan yang telah dilalui, kau cuma perlu sentiasa kuatkan hati, cekalkan jiwa bahawa semuanya akan sentiasa baik-baik sahaja. 

Always renew your heart to the highest one. Tapi ada kala, proses ini bukan semudah yang disangka. Bila semangat berada di bawah kawalan mental yang tidak begitu membantu, datang segala seruan semangat, untuk satu jangka masa kau hanya akan termenung, berfikir dan terus berfikir. Jangan kau persenda jika dia sukar peroleh semangat dalam sekelip mata. Mungkin ianya terlampau berat sehingga tak tercapai dek akalmu sejauh mana perasaannya ketika itu. 

The road not taken, the road not taken. Berulang kali main dalam kepala. Mohon redha dengan semuanya. Dia ada untuk menguatkan. Sentiasa ada. 


Nota kaki : Aku cuma mahu jadi insan biasa sahaja di hadapan kalian, dan aku mahu jadi insan bahagia yang biasa tapi mampu ukir senyuman seikhlas jiwa. Tetaplah seorang insan biasa.  


0 comments: