Followers

Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts
Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts

Semua Itu RahsiaNya


Berjanjilah,
Walau apa yang berlaku,
Kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.

Berjanjilah,
Walau apa pun yang akan terjadi,
Kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.

Berjanjilah,
Bahawa walau sekuat mana kita diduga,
Tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya DIA
“Kenapa”

Berjanjilah,
Bahawa walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
Kita masih juga akan tetap percaya,
Bahawa mendung akan akhirnya pergi,
Dan langit akan kembali biru,
Seperti suatu masa dahulu.

Berjanjilah,
Bahawa walau apa pun yang terjadi,
Kita akan sentiasa optimis dan percaya,
Bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.

Berjanjilah,
Untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
Mempersoal takdir dan bertanya mengapa,
Lantas berputus asa.

Berjanjilah,
Untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa,
Tersenyum dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukanNya

Pelihara Cintaku Ya Allah



Aku ingin memelihara rasa cinta ini

Status : 
Cinta dengan manusia. Kita melupakan 'dia' seketika. Kita kembali, 'dia' dan cinta mungkin akan tiada lagi di sisi.
Cinta dengan Ilahi. Kita melupakanNya. Kita bertaubat, kita kembali, dan DIA masih setia ada untuk menerima dan mengampunkan hambaNya. Itulah cinta yang hakiki. 

Layakkah aku untuk jatuh cinta? Aku gusar, aku bimbang. Aku tak ingin cinta yang melekakan. Aku tak ingin cinta yang membawa aku jauh dari agamaMu Ya Allah. Kuatkah aku untuk jatuh cinta?

Ya Rabbi, aku ingin mencintaiMu sepenuh jiwaku. Kerana aku tahu, aku yakin. Cinta bersamaMu tidak mungkin dikecewakan, tidak mungkin mencarik hatiku yang sekeping ini. Untuk menyayangi, untuk mencintai, untuk disakiti, sekeping hati ini sahaja. Aku ingin sandarkan jiwa, hati ini kepadaMu Ya Allah. 

Ya Allah, cintakanlah aku pada pemuda yang melabuhkan cintanya padaMu Ya Allah. Aku ingin cinta hingga ke syurga. Aku ingin mencintai dirinya kerana agama yang ada pada dirinya.

Engkau Maha Mengetahui segala apa yang tidak aku ketahui. Engkau jua yang mengetahui bahawa hati kami telah berhimpun dalam cinta kepadaMu. Telah berjumpa taat kepadaMu. Telah bersatu dalam dakwahMu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatan ini, kekalkanlah rasa kehambaan dan rasa cinta itu. Penuhilah hati kami dengan Nur Mu yang tidak pernah pudar. Temukanlah kami dalam mengejar syurgaMu Ya Allah.


Cinta hingga syurga

Nota dandel : Buat bakal imam, pemilik tulang rusuk. Sebak rasa di dada, aku ingin mencintaimu kerana Allah. Aku ingin bersamamu menuju mahligai Allah yang abadi. Persiapkanlah dirimu untuk membawaku ke syurga bersamamu, kerana aku juga sedang mempersiapkan diriku untuk menjadi suri yang solehah dan mentaatimu. Sandarkan cinta ini kepada Ilahi. Insya Allah beroleh rahmatNya. 


Hidayah Itu Milik Allah Yang Esa



La Tahzan, Innallah Maana

Biar kau sejahat mana di masa silam, kita tetap insan manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Yang tetap kerdil di sisi PenciptaNya. Yang sentiasa mengharapkan pengampunan. Yang sentiasa mencari ruang untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Untuk apa menghantui diri dengan kisah lalu? Bangun dan berjalan ke hadapan menuju jalan yang lebih suci dari sebelumnya. Untuk mencari hidayah itu harus cekal hatinya. 


Dan bagi mereka yang masih berat untuk berubah, ini yang selalu di jadikan alasan.


‘ Hidayah Allah tak sampai lagi, macam mana nak berubah?  ’ 


‘ Mungkin Allah lebih tahu yang aku masih belum sampai seru untuk berubah. ’


‘ Nak buat macam mana, Allah tak pilih aku dapat hidayah. Bukan aku tak nak berubah. 
’


Ingatlah tentang kematian. Jika itu yang membuatmu berfikir. 

Mengapa perlu timbul semua persoalan itu? Benarkah kita ingin berubah? Betul-betul mahukan hidayah Allah? Mengapa tidak diusaha ke arah itu? Tepuk dada, tanya iman. 

Jika masih teragak-agak untuk mengorbankan kepentingan diri, bukan bersedia namanya.
Jika masih berbelah bagi, bukan bersedia namanya.
Jika masih tertanya-tanya kebenaran, bukan bersedia namanya.
Jika masih mencari-cari alasan, bukan bersedia namanya.

Sebab Allah lebih mengetahui hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas ingin mendapatkan cintaNya. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya yang mencari-cari sinar hidayah itu. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya yang sanggup berkorban demi meraih cintaNya. Dan Dia maha adil memberikannya pada yang benar-benar inginkan hidayah itu.

Itu bukti Allah itu maha mengetahui. Allah itu maha adil. Hidayah itu milik Allah.


Jika diuji, bersabarlah hati. Dalam melakukan kebaikan, pasti ada ujian dan cabarannya. Namun, tekadkan dan kuatkan hati demi Ilahi. Insya Allah, jalan itu lebih mudah buatmu. =')

"Jika kita hendak berubah menjadi baik, ALLAH akan menghantar orang (teman) yang baik kepada kita."

"A man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Nota dandel : Semoga kita terus istiqamah dalam mempertingkatkan amalan. Insya Allah. Jangan putus asa kepadaNya, berdoa dan terus berdoa. Allah itu merindui rintihanmu. =')

Kita Tidak Tahu Bila Waktu Kita Akan Tiba


Assalamualaikum. Yes, it's been a while since I wrote the last post. Dah habis bersawang. Jangankan kata labah-labah, tikus pon ada apa? *geli*

My entry today is a bit different. Somehow I'm thinking about life. What we've gone through all this while. What's the purpose of life. Sometimes, even myself are drowned in this life.

But when I heard to this song, my heart melt. I'm touched with the lyrics. And honestly, I cried while listen to this. Do we always think about Allah in everything that we do? Let's make some reflection of our life till now.

This life is just a temporary. Allah cuma pinjamkan kepada kita untuk sentiasa mengingati Dia. Bukan untuk berbangga dengan apa yang diberikan olehNya di dunia ini. Nikmat di dunia hanyalah sebagai sandaran dan ujian dalam terus mengagungkan Allah sebagai pencipta kita yang Maha Esa.

Listen to this song, I suggest it for you. No regret, I'll guarantee you.

Opick-Bila Waktu Telah Berakhir

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yg sementara

Bagaimanakah bila semua hilang
Dan pergi meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil,
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi