Followers

Perpisahan dan Kerinduan





"Biarlah bila kita bertemu, kita tak akan rasa jemu.
Bila kita berpisah, kita tak akan rasa gelisah.

Semuanya kerana Allah"


Selongkar almari hati terus cari pemahat, ukir bait-bait kata ini sampai mati.
Kerinduan? Satu rasa yang tak mungkin dan tak akan pernah pergi dari hidup dia.




Bab 1.
Insan itu pergi kala dia masih mencari diri. Tapi untuk seketika itu, apa yang dia mampu mengerti?
Dia masih kanak-kanak suci yang belum hadam dengan apa yang telah terjadi. 
Dia masih tidak mampu memahami percaturan Ilahi.
Langsung tidak menangisi pemergian insan yang dikasihi.
Malah, masih mencari ke mana pergi tatkala dia ingin meluahkan rasa di hati.
Hingga satu ketika, dia mula menyedari akan perpisahan yang terjadi.
Ini semua urusan dan kehendak Allah yang hakiki.
Dia pasrah, namun terkadang kerinduan itu merajai emosi. 


Bab 2.
Mereka bertemu seketika cuma. Usia perkenalan juga masih belum matang di minda.
Namun persahabatan yang terjalin menjadi titik tolak kegembiraan bersama.
Perpisahan bermula. 
Doa sering dipanjat di segenap ruang yang ada.
Mengharap yang di sana masih mengingati dan mendoakan dia.
Begitu juga yang di sana saling bertukar doa.
Seringkali kerinduan bertukar menjadi air mata. 
Tapi apabila semuanya kerana Dia, hati dicekalkan jua.
Kerana mereka yakin pasti ada hikmahNya. 


Bab 3.
Hening malam terganggu dengan bunyi sendu itu. 
Ada gadis di satu sudut yang tidak mampu menafsirkan pilu.
Ada sesuatu yang membelenggu. 
Bicara yang dia laku kini cuma alunan gemersik kalbu.
Yang kelihatan segala rasa bertamu tika langit sentiasa biru.
Mungkin wujud rindu yang terlalu antara dia dan kamu?
Yang tak mungkin siapa pun tahu kecuali Dia yang satu.
Dan dia mulai yakin bahawa rindu itu pasti menemukan temu. 



Suara rindu berguruh dalam hati yang rapuh. Seolah ia tak akan pernah luruh. Bunuh sepiku dengan alunan kalam indahMu. Ingat, rindu itu juga ujian! 


0 comments: