Followers

Alam Diri Manusia



Duduk termangu di satu sudut.
Mungkin sudah menjadi rutin untuk terus memerhati dan berfikir.
Kerana itu yang mampu membuahkan aksara buat tatapan pembaca setia.

Mata memandang sekeliling 'alam', ada kekosongan yang dirasa.
Terkadang yang menjadikan 'alam' itu indah adalah diri kita sendiri.
Kerana kita yang bertanggungjawab atas semuanya.
Namun dia terus dengan dunianya, tanpa menaakul 'alam' yang dibawa bersama sekalian makhluk yang lain.
Alam ini mungkin juga alam ciptaan Dia
Tapi aku hari ini berbicara tentang alam diri kita


*****

Tentang luka yang tersisa,
Air mata yang tersembunyi,
Tentang ketawa yang pura-pura,
Senyuman yang jelas direka.

Kau sendiri tahu,
Terkadang matamu pun tak mampu menipu,
Seperti hatimu yang tak selalu kuat bertahan,
Dan senyummu yang tak ikhlas,
Serta tawamu yang kedengaran janggal.

Aku tahu,
Kau sedang bergelut,
Memang ianya tak mudah,
Dan taklah ianya terlalu sukar.

Cuma, 
Bila ianya adalah soal perasaan,
Maka ia adalah hal tentang masa dan penerimaan.

Dan terkadang, ia memang terpaksa kau jalani sendiri.
Atau cuma berdua.
Kau dan Dia


*****


0 comments: