Followers

Teman Perjalanan Sebuah Kehidupan



Engkau menatap penuh sendu,

Lalu satu coretan kau lakarkan buat dua jiwa yang memangku tiap aksara merajai minda. Dengan deraian air mata tiada hentinya lalu bagaimana kau ingin meluahkan rasa? Perasaan yang hanya Dia ketahui betapa kekecewaan dan ego yang menguasai itu telah membuat semuanya hampir musnah buat kali kedua.

Terkadang, apa yang ada di dalam hatimu tidak terlahir di bibir. Mereka lebih mengetahui dirimu. Dan hanya Allah mengetahui segalanya.

Segalanya terimbau saat apabila engkau dan mereka mula mengenali antara satu sama lain sejak pertama kali. Tanggapan awal yang membuat perkenalan itu menjadi lebih erat dan segala perkongsian membuatkan jiwa semakin dipaut. Biarpun kau dan mereka berbeza, namun atas dasar aksara-aksara itu kau bersatu menyulam rasa sayang yang  biar apa pon yang terjadi, tak akan mampu untuk kau uraikan kimia ajaib itu. 

Seandainya sahaja mereka tahu betapa rindu itu tiap kali dirasai dan membuatkan engkau kerapkali menyendiri. Kesana, kemari bersendiri. Hanya untuk mencari diri dan hanya untuk memperbaiki. Betapa kosongnya jiwa tanpa mereka itu semua sudah kau rasai. Dan engkau tidak mahu semuanya pergi lagi.

Kata orang, semakin kita sayang akan seseorang semakin kita akan terus diuji dengan bermacam cara. Mungkin ini ujian untuk menguatkan lagi rasa sayang antara engkau dan mereka? Engkau hanya mampu berdoa sambil merenung bebola salji itu. 

Saat ini, engkau merindukan pelukan sahabat syurga dunia iaitu mereka. Namun, kau cuma mampu memeluk dalam doa. Semoga semuanya akan terus bahagia. Butir jernih gugur lagi

Selak-selak kalamullah, engkau terlihat ayat ini

”Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah”
(Surah an-Nisa ayat 28)

Dan kerana itu, Allah wujudkan pertemuan engkau dan mereka.

0 comments: