Followers

Kembar


Epilog kisah dia, dengan kehidupannya.

Tatkala dia meluahkan segala rasa,
Sebak yang meraja,
Dia sedar hakikat yang diduga,
Ada kalanya mengundang nestapa,
Tapi apakan daya,
Itu sahaja jalan yang dia punya.

Aku,
Terusan di sini menjadi pemerhati,
Walau tak jelas di air muka ini,
Tapi aku sendiri mengerti,
Kerana akulah si empunya diri.


Sudah jauh rupanya aku berjalan, namun masih jauh di hadapan. Berhenti sebentar, lalu lelah terlepas.
Allah, untuk apa aku mengeluh andai benda sekecil ini cuma masih belum mampu buat kau teguh.
Gagahkan kaki melangkah ke hadapan, walau penuh dugaan.

1 comments:

Anonymous said...

perkara kecil yang datang itu adalah untuk membesarkan kita.

perkara kecil itu adalah untuk menyedarkan kita yang kecil itu penting untuk perkara penting.

perkara kecil itu penting untuk kita belajar menghargai diri. =)