Followers

Pangkal Dua




Bicara kita bicara
Dari satu aksara hingga keseluruhannya
Buat aku terasa
Ingin akhiri semuanya
Dengan jodoh berdua

Namun
Ia tidak begitu mudah
Kerana kita sentiasa punya langkah
Yang adakalahnya bertingkah
Kita cuma mampu menadah
Berdoa semoga semuanya kelak akan indah
Dan akan sentiasa dipermudah

Masih jauh perjalanan kita
Ilmu yang ada masih tidak seberapa
Maka akan sentiasa diusaha
Untuk membentuk keluarga kita
Kehidupan yang sempurna
Sakinahnya hingga ke syurga








0 comments: