Followers

Pelihara Cintaku Ya Allah



Aku ingin memelihara rasa cinta ini

Status : 
Cinta dengan manusia. Kita melupakan 'dia' seketika. Kita kembali, 'dia' dan cinta mungkin akan tiada lagi di sisi.
Cinta dengan Ilahi. Kita melupakanNya. Kita bertaubat, kita kembali, dan DIA masih setia ada untuk menerima dan mengampunkan hambaNya. Itulah cinta yang hakiki. 

Layakkah aku untuk jatuh cinta? Aku gusar, aku bimbang. Aku tak ingin cinta yang melekakan. Aku tak ingin cinta yang membawa aku jauh dari agamaMu Ya Allah. Kuatkah aku untuk jatuh cinta?

Ya Rabbi, aku ingin mencintaiMu sepenuh jiwaku. Kerana aku tahu, aku yakin. Cinta bersamaMu tidak mungkin dikecewakan, tidak mungkin mencarik hatiku yang sekeping ini. Untuk menyayangi, untuk mencintai, untuk disakiti, sekeping hati ini sahaja. Aku ingin sandarkan jiwa, hati ini kepadaMu Ya Allah. 

Ya Allah, cintakanlah aku pada pemuda yang melabuhkan cintanya padaMu Ya Allah. Aku ingin cinta hingga ke syurga. Aku ingin mencintai dirinya kerana agama yang ada pada dirinya.

Engkau Maha Mengetahui segala apa yang tidak aku ketahui. Engkau jua yang mengetahui bahawa hati kami telah berhimpun dalam cinta kepadaMu. Telah berjumpa taat kepadaMu. Telah bersatu dalam dakwahMu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatan ini, kekalkanlah rasa kehambaan dan rasa cinta itu. Penuhilah hati kami dengan Nur Mu yang tidak pernah pudar. Temukanlah kami dalam mengejar syurgaMu Ya Allah.


Cinta hingga syurga

Nota dandel : Buat bakal imam, pemilik tulang rusuk. Sebak rasa di dada, aku ingin mencintaimu kerana Allah. Aku ingin bersamamu menuju mahligai Allah yang abadi. Persiapkanlah dirimu untuk membawaku ke syurga bersamamu, kerana aku juga sedang mempersiapkan diriku untuk menjadi suri yang solehah dan mentaatimu. Sandarkan cinta ini kepada Ilahi. Insya Allah beroleh rahmatNya. 


2 comments:

cinta siswi said...

insyaALLAH.. cinta pada manusia kerana ALLAH lebih kekal.. :)

#andai dia yg tertulis di luh mahfuz..maka dia la jodohmu.. jgn risau..

Wanifina Azizan said...

Insya Allah cinta siswi, syukran ya :)

Moga yang terbaik ada untuk kita Insya Allah.