Followers

Showing posts with label Hidup Manusia. Show all posts
Showing posts with label Hidup Manusia. Show all posts

Kerana Perkara Kecil?




Ada kala kita rasa usaha yang dilakukan oleh seseorang itu terlalu kecil
Tapi kita tidak pernah faham betapa usaha kecil itu memberi kesan yang besar kepadanya

Ada kala juga kita rasa ayat yang kita keluarkan tidak membawa apa-apa tapi cukup untuk mengguris hati dia yang sekian lama berusaha

Ada kala kita lihat pengorbanan yang dia lakukan itu kecil cuma, tapi sebenarnya sangat besar dan bermakna bagi dia


Dan ada juga ketika yang dia kata tak apa tapi dalam hati dia melepaskan tangisan penuh merana


Gadis biasa yang tahu alirkan air mata
Bila dia bicara pergi sahaja
Dia sebenarnya berharap kau ada


Negatif sahaja yang ada dalam kepala
Itulah dia
Bila semua serba tak kena

Dia Terus Begini



Kala jari mula berjalan, ia mungkin tidak begitu mudah untuk berhenti
Begitu lama ditinggalkan, ia tidak bermakna hidup tidak pernah sepi

Kau suka sembunyi
Sembunyikan apa yang kau rasa
Kau harap semua tahu tanpa kau perlu bersuara
Tapi kau kena mengerti
Bahawa setiap insan atas muka bumi ini
Bukan hanya perlu tumpu pada satu sahaja
Dan yang paling utama
Bukan perlu pada kau semata-mata

Kau suka lari
Lari dari kebisingan jiwa
Tatkala mereka memberontak
Menghiruk pikukkan suasana
Kau lebih suka sendiri
Dari terus melayan denting hilai dunia
Dan di dalam pelarianmu itu
Kau akan terus termangu
Memikirkan mengapa semua ini membelenggu

Jangan peduli apa kata mereka
Jangan peduli andai kau jatuh terluka
Kerana hanya kau yang mengerti maksud ungkapan jiwa

Alam Diri Manusia



Duduk termangu di satu sudut.
Mungkin sudah menjadi rutin untuk terus memerhati dan berfikir.
Kerana itu yang mampu membuahkan aksara buat tatapan pembaca setia.

Mata memandang sekeliling 'alam', ada kekosongan yang dirasa.
Terkadang yang menjadikan 'alam' itu indah adalah diri kita sendiri.
Kerana kita yang bertanggungjawab atas semuanya.
Namun dia terus dengan dunianya, tanpa menaakul 'alam' yang dibawa bersama sekalian makhluk yang lain.
Alam ini mungkin juga alam ciptaan Dia
Tapi aku hari ini berbicara tentang alam diri kita


*****

Tentang luka yang tersisa,
Air mata yang tersembunyi,
Tentang ketawa yang pura-pura,
Senyuman yang jelas direka.

Kau sendiri tahu,
Terkadang matamu pun tak mampu menipu,
Seperti hatimu yang tak selalu kuat bertahan,
Dan senyummu yang tak ikhlas,
Serta tawamu yang kedengaran janggal.

Aku tahu,
Kau sedang bergelut,
Memang ianya tak mudah,
Dan taklah ianya terlalu sukar.

Cuma, 
Bila ianya adalah soal perasaan,
Maka ia adalah hal tentang masa dan penerimaan.

Dan terkadang, ia memang terpaksa kau jalani sendiri.
Atau cuma berdua.
Kau dan Dia


*****


Dari Lebuhraya Jiwa



Aku melihat seekor kumbang yang mati lalu ianya dihurung semut.
Aku melihat pula sekeping hati yang sepi lalu ia dihurung kenangan.


Sepucuk surat tak mampu aku layangkan. Sekeping hati bukan untuk dipatahkan. Secebis kenangan dihimpit perasaan. Lalu pernah kau rasa kehilangan?

Dia masih di situ melakar rasa jiwa buat hati-hati yang dia tidak punya banyak masa bersama. Dia melihat manusia bercanda, ketawa, menangis, bahagia. Itu semua lumrah hidup di dunia. Dia tersenyum lalu terus merindui masa bersama mereka lagi untuk dicipta. Oh bilakah lagi akan tiba semua saat seperti itu?

Kenangan yang membuat hati rindu itu bukan sahaja bermain di minda tapi turut mengalir dalam darah seperti mana oksigen yang sentiasa diperlukan dalam badan, begitu juga dia yang sentiasa memerlukan sahabat dalam perjalanan kehidupan. Ingin sekali dia mencuri gumpalan waktu itu lagi! 





**************


Saat dia mengingati bagaimana rasanya berada di dalam ruang itu buat dia makin rindu untuk kembali bersama di dalam ukhwah ajaib itu. Satu rasa yang luar biasa dan takkan mampu diungkap dengan butir aksara ini. 

Di sana, dia cuba mengutip apa adanya di tanah itu untuk ditampal pada carik bajunya. Semua yang ditemui kelihatan begitu indah pada mata jiwa. Setiap inci perjalanannya menemukan dia dengan butir-butir perca kain yang sangat bernilai. Biar mereka tidak tahu apa, namun dia yakin segalanya indah.

Buat jiwa-jiwa yang membuatkan hatinya begitu gembira, syukur dengan rahmatNya dia panjatkan kepada Yang Maha Esa hingga membuatkan dirinya semakin merindui segala apa yang ada di sana. 

Satu perkara yang mampu buat dia lari dari dunia buat seketika. Terus khayal dalam dunia itu!



**************



First cut is the deepest, second cut will kill you. The risk that might kill you maybe the risk that might save you. Act accordingly and maturely! Live knowing you can’t or live knowing you didn't even try. You choose but make sure to choose it well.

Mereka akan membaca dari pelbagai sudut mata. Di sudut manakah anda? May Allah bless.


Hati Yang Meniti Hari



Aku menatap satu penyataan itu lalu minda menafsir perasaan yang lahir. Perbandingan. Hanya itu yang terlintas pada ketika itu.  

Fitrahnya mungkin manusia ini tidak suka jika dibandingkan. 

Kawal segala bait yang keluar dari bibirmu
Kawal segala 'bahasa' yang lahir dari taipanmu
Moga tidak akan ada seorang pun yang akan merasa tersinggung seperti insan itu
Terus menusuk jauh beribu batu ke dalam kalbu

Betapa hebatnya ketajaman 'lidah' yang mampu 'membunuh' manusia. Jatuh terperusuk sehingga tidak lagi menampakkan susuk tubuh yang berdiri teguh pada mulanya. Kini aku lihat dia mula merangkak untuk kembali seperti sediakala. Sembuhnya hati dia kini juga kerana sebuah kata-kata. 

"Lihatlah segalanya yang terjadi bukan melalui mata zahir atau mata hati, tetapi lihatlah dengan mata hikmah. Nescaya engkau tidak akan pernah kecewa"

Sungguh dia perlu yakin bahawa percaturan yang Dia tetapkan untuknya itu adalah yang terbaik. Ada yang engkau tidak tahu tetapi Allah lebih mengetahuinya. Kau cuma perlu menerima dan berdoa agar segala urusan hidupmu sentiasa dipermudahkan olehNya. Kau sedar kau baru sahaja gunakan senjata? Senjata doa kepada segala yang mengusik hatimu.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan hamba ini adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik terutamanya bila diuji hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah, yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurahNya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakanNya ke atas dirimu adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandanganmu yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hambaNya pasti bermaksud yang indah.


It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back.

Terkadang kau terlalu memandang jauh akan kebahagiaan itu tetapi hakikat sebenar ianya sangat hampir denganmu. Cuma di dalam hati kerana hati yang satu itu yang akan membuatmu meniti hari yang seterusnya. 











Diam Itu Bicara Yang Indah


Aku kira sudah terlalu lama aku meninggalkan lantunan rasa hati di sini. Bukan kerana aku lupa, cuma kerana terkadang, aku lebih banyak berbicara sehingga membuatkan aku meminggir pada bahasa jiwa.

Saat itu aku berdiam dari satu sudut. Memerhati dan menafsir dari mata kasar. 

Aku bukan mereka, namun hatiku terpanggil untuk merasakan segenap ruang yang ada, seluruh perasaan yang bermain tatkala rencana bermula. Mungkin sukar untuk menerima tetapi insan itu tetap menelan segalanya dengan keyakinan bahawa hanya Dia tahu kenapa.

Segalanya ibarat tali yang bergumpal dengan serabutnya ingin dirungkai segala kekusutan yang tercipta. Namun, semuanya seolah-olah semakin menyimpul antara satu sama lain. Membuatkannya terikat, terperangkap. 

Lalu insan itu mula membuka 'cerita'. Bait-bait katanya buat aku terpana dengan kesanggupan dia. Buat aku kagum dengan apa adanya dia menerima takdir Yang Esa. Tidak dipersoal mengapa.

Insan itu buat aku menjentik hati, akal dan minda untuk kali yang entah ke berapa.

Dia 
Buat aku tertanya

Sejauh mana kita sebagai hamba redha dengan ketentuanNya? Kadang biar terhantuk di kepala sekalipun pernah kita berfikir apa hikmahNya? Atau berterusan menyalahkan yang lain tanpa memandang apa kesalahan diri kita sebagai insan biasa?

Ingin terus pahat kuat dalam hati, setiap apa yang terjadi ada sebabnya. Cuma kau yang belum dapat melihat semuanya

Sungguh.
Diam itu buat aku bicara dengan lebih indah. 

Tembak doa dari sini. Semoga dipermudahkan segalanya. :')



Manusia ! Ini Tanggungjawab !



It's not something you can hold with hand. 
Having a conversation with someone about 'responsibility' makes me wanna write something about it. Thanks untuk pencetus idea entri hari ini. ^_^

Kita ni betul-betul tahu tentang apa itu tanggungjawab? Kita betul-betul sedar ke tak bentuk tanggungjawab yang perlu kita ambil berat selama ni? Atau hanya kita tahu tentang tanggungjawab di tempat kerja, dsb sahaja?

Makhluk Allah, yang diciptakan Allah takkan terlepas daripada tanggungjawab. 

Sebelum kita langkah jauh tentang tanggungjawab ni, kita perlu fikir perkara yang asas dulu. Tanggungjawab sebagai seorang hambaNya. Sudah terlaksana dengan sempurnakah? Kewajipan yang perlu kita pikul sepanjang menumpang hidup di bumi milik Allah ini, sepanjang kita meminjam udara untuk bernafas ini. Sejauh mana kita laksanakan semua ini?

Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Mu’az bin Jabal r. a katanya:

Saya mengekori Nabi s.a.w. yang sedang menunggang seekor keldai. Tiba-tiba baginda bertanya kepada saya:

”Wahai Mu’az, adakah engkau tahu hak Allah ke atas hamba-Nya?”. 
Saya menjawab:”Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. 
Baginda bersabda:”Hak Allah ke atas hamba-Nya ialah mereka wajib mengabdikan diri mereka kepada-Nya dan tidak menyengutukan sesuatu apapun dengan-Nya. ”

Tunaikan tanggungjawab kita kepada pencipta Yang Esa. Nescaya, tanggungjawab terhadap perkara yang lain akan turut terpelihara. Tanggungjawab sebagai seorang manusia, sebagai seorang anak, sebagai seorang ibu, sebagai seorang bapa, sebagai seorang suami, sebagai seorang isteri, sebagai seorang teman dan macam-macam lagi tanggungjawab yang ada. Islam itu hebat. Kerana kalau kita betul-betul jaga Islam, Islam juga akan menjaga kita. Insya Allah. Apa yang penting niat segalanya kerana Allah S.W.T. 

Never forget your responsibility even if you feel so tired. Keep praying to HIM.

Nota dandel : Juga sedang berusaha ke arah memperbaiki diri. Setiap hari. Semoga memperoleh istiqamah Insya Allah. 

Cuti Sekolah = Majlis Kenduri Sedunia?


The wedding cake
Dah memang sinonim time cuti sekolah je mesti ada orang kahwin. Kan? Tak pon, orang bertunang ke, majlis cukur kepala baby ke. Macam-macam majlis orang akan buat time cuti sekolah kan? Yela, sebab time cuti sekolah la ada masa free, senang ramai orang boleh nak attend kan? 

Semalam pon baru je attend satu majlis perkahwinan kat rumah bestie, Art. Majlis memang santai je tengok. Part yang paling best is bila aku teruja tengok pelamin dia. Simple, comel, sweet ja ! Ada bebola rumput tu apa nama tah? Waaaa, time tengok pelamin dok berangan bila nak kahwin ni ! EH? =.=

Get married is when you marrying with the whole family
Have you ever wonder what marriage means to you? Perkahwinan tu bukan semata-mata menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan tapi sebenarnya ada perkara yang lebih besar lagi. 

Tanggungjawab. Kebersamaan dalam setiap perkara. 

So, nak kahwin tu bukan macam makan choki-choki. (choki-choki?) Hahaha. Nak buat preparation pon ambil masa yang lama, perlu teliti, perlu sistematik. Dari sekecil-kecil benda ke sebesar-besar perkara. Ha, bukan perkara yang enteng kan ibu dan bapak sekalian? =D

Find a guy whom you want to see your son in him :')

Sesapa yang nak kahwin, nak buat kenduri kendara, jangan lupa jemput lagi ye ! Hehe, semoga yang selamat diijabkabulkan akan bahagia dan dirahmati Allah selamanya. Amin.

Nota dandel : Teringat pulak bawang putih bawang merah. Naik atas buai, menyanyi. Terus dapat kahwin dengan putera raja. Sekarang ni boleh buat macam tu lagi ke? Hikhik. =D

Kerinduan



Rindu yang mencengkam jiwa. 
 
Kerinduan.
Kadang ia datang sendiri tanpa diundangi.
Tapi kepada siapa sebenarnya kita rindu?
Kepada siapa rasa ini layak kita berikan?
Itu soalan untuk kita renungi.

Kadangkala, sedang kita elok merasa kebahagiaan dan kegembiraan di dunia tiba-tiba rasa rindu itu datang menghampir. Jika rindu itu kena pada gaya dan tempatnya, mungkin akan menambahkan lagi rasa kebahagiaan yang kita rasakan itu. Tapi jika sebaliknya? Sampai lupa kepada sang Pencipta yang lebih layak menerima rindu kita itu? Itu bukan lagi rindu, tapi nafsu. 

Rindu itu perlu, tapi berpada dan terbatas. 

Rindu pada keluarga.
Rindu pada teman.
Rindu pada kekasih hati.
Rindu pada kenangan.

Rindu pada Allah?
Rindu pada Rasulullah s.a.w?

Utamakan dahulu dua di atas ini. Sesungguhnya pemilik sebenar kerinduan itu adalah Allah Azza Wajalla. Jika kita rindukan seseorang, sampaikan kerinduan itu dalam doa. Bukankah itu lebih manis? =')

p/s - Pesanan dan ingatan kepada diri sendiri serta pembaca sekalian juga. Moga Allah memberkati hari kita seterusnya dan memberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi milikNya ini. Insya Allah. 

Nota dandel : Teringatkan arwah tok yang dah lama tinggalkan aku sebelum aku puas merasakan kasih sayangnya. Aku rindukan arwah. Sedekahkan Yasin, moga Tok tenang dan bahagia sentiasa di sana. Moga kita bertemu lagi di Jannah Insya Allah. =')

Hidayah Itu Milik Allah Yang Esa



La Tahzan, Innallah Maana

Biar kau sejahat mana di masa silam, kita tetap insan manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Yang tetap kerdil di sisi PenciptaNya. Yang sentiasa mengharapkan pengampunan. Yang sentiasa mencari ruang untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Untuk apa menghantui diri dengan kisah lalu? Bangun dan berjalan ke hadapan menuju jalan yang lebih suci dari sebelumnya. Untuk mencari hidayah itu harus cekal hatinya. 


Dan bagi mereka yang masih berat untuk berubah, ini yang selalu di jadikan alasan.


‘ Hidayah Allah tak sampai lagi, macam mana nak berubah?   


‘ Mungkin Allah lebih tahu yang aku masih belum sampai seru untuk berubah. ’


‘ Nak buat macam mana, Allah tak pilih aku dapat hidayah. Bukan aku tak nak berubah. 


Ingatlah tentang kematian. Jika itu yang membuatmu berfikir. 

Mengapa perlu timbul semua persoalan itu? Benarkah kita ingin berubah? Betul-betul mahukan hidayah Allah? Mengapa tidak diusaha ke arah itu? Tepuk dada, tanya iman. 

Jika masih teragak-agak untuk mengorbankan kepentingan diri, bukan bersedia namanya.
Jika masih berbelah bagi, bukan bersedia namanya.
Jika masih tertanya-tanya kebenaran, bukan bersedia namanya.
Jika masih mencari-cari alasan, bukan bersedia namanya.

Sebab Allah lebih mengetahui hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas ingin mendapatkan cintaNya. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya yang mencari-cari sinar hidayah itu. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya yang sanggup berkorban demi meraih cintaNya. Dan Dia maha adil memberikannya pada yang benar-benar inginkan hidayah itu.

Itu bukti Allah itu maha mengetahui. Allah itu maha adil. Hidayah itu milik Allah.


Jika diuji, bersabarlah hati. Dalam melakukan kebaikan, pasti ada ujian dan cabarannya. Namun, tekadkan dan kuatkan hati demi Ilahi. Insya Allah, jalan itu lebih mudah buatmu. =')

"Jika kita hendak berubah menjadi baik, ALLAH akan menghantar orang (teman) yang baik kepada kita."

"A man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Nota dandel : Semoga kita terus istiqamah dalam mempertingkatkan amalan. Insya Allah. Jangan putus asa kepadaNya, berdoa dan terus berdoa. Allah itu merindui rintihanmu. =')