Aku menatap satu penyataan itu lalu minda
menafsir perasaan yang lahir. Perbandingan. Hanya itu yang terlintas pada
ketika itu.
Fitrahnya mungkin manusia ini tidak suka
jika dibandingkan.
Kawal segala bait yang keluar dari bibirmu
Kawal segala 'bahasa' yang lahir dari
taipanmu
Moga tidak akan ada seorang pun yang akan
merasa tersinggung seperti insan itu
Terus menusuk jauh beribu batu ke dalam
kalbu
Betapa hebatnya ketajaman 'lidah' yang
mampu 'membunuh' manusia. Jatuh terperusuk sehingga tidak lagi menampakkan
susuk tubuh yang berdiri teguh pada mulanya. Kini aku lihat dia mula merangkak
untuk kembali seperti sediakala. Sembuhnya hati dia kini juga kerana
sebuah kata-kata.
"Lihatlah segalanya yang terjadi
bukan melalui mata zahir atau mata hati, tetapi lihatlah dengan mata hikmah.
Nescaya engkau tidak akan pernah kecewa"
Sungguh dia perlu yakin bahawa percaturan
yang Dia tetapkan untuknya itu adalah yang terbaik. Ada yang engkau tidak tahu
tetapi Allah lebih mengetahuinya. Kau cuma perlu menerima dan berdoa agar
segala urusan hidupmu sentiasa dipermudahkan olehNya. Kau sedar kau baru sahaja
gunakan senjata? Senjata doa kepada segala yang mengusik hatimu.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan hamba ini adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik terutamanya bila diuji hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah, yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurahNya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakanNya ke atas dirimu adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandanganmu yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hambaNya pasti bermaksud yang indah.
It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back.
Terkadang kau terlalu memandang jauh akan kebahagiaan itu tetapi hakikat sebenar ianya sangat hampir denganmu. Cuma di dalam hati kerana hati yang satu itu yang akan membuatmu meniti hari yang seterusnya.
0 comments:
Post a Comment