Followers

Duka Itu Tidak Berpanjangan, Percayalah Sayang =')

Sabar itu membawa kepada ketenangan hidup

"Tiada duka yang abadi di dunia, 
tiada sepi merantaimu selamanya" 

Kadang-kadang Allah beri kita dugaan, cabaran, ujian dalam menjalani hidup sebagai hambaNya di dunia. Tapi mengapa kita perlu berduka berterusan sedangkan dalam hati kita yakin bahawa Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hambaNya? 

Kadang, aku mengubat pedih, luka di hati itu dengan air mata. Dengan air mata, aku dapat rasakan kelegaan yang tak mampu aku lempiaskan pada sesiapa. Dengan air mata, aku berasa puas dan terluah apa yang ada di dalam hati. Ya, aku memang seorang yang mudah menangis. Sedangkan melihat anak-anak kecil dirotan sudah membuat hati aku hiba, apatah lagi luka yang aku sendiri rasa. Namun, sampai bila harus air mata yang menjadi peneman kala duka? 

Kenapa aku tidak terfikir, ujian ini mungkin kifarah terhadap dosa-dosa aku yang lalu. Allah masih mahu mengingatkan aku, Allah masih sayangkan aku. Allah tidak mahu aku terus lupa pada penciptaNya. Boleh jadi sesuatu yang aku inginkan itu tidak baik buat diri aku dan boleh jadi juga sesuatu yang tidak aku mahu itu sebenarnya baik untuk diriku. Sesungguhnya Allah mengetahui segalanya. Yakin dengan perkara itu. =')

Allah itu sentiasa ada bersama hamba-hambaNya

Sayang Wanifina, 

Mengapa berduka jika tahu Allah sentiasa bersama?
Mengapa berduka jika sedar Allah berada terlalu dekat?
Mengapa berduka jika percaya semua ini hanya sementara?

Jangan berduka sayangku, dunia tidak layak untuk membuat kita berasa sedemikian. Allah ingin semua hambaNya merasai dan menghargai nikmat yang diberikan. Tidak kira yang menggembirakan atau mendukakan. Itu semua adalah nikmat Allah kepada hambaNya =)

Nikmati hidup dengan kebahagiaan yang hakiki 

Nota dandel : Membuat aku tertawa sudah menjadi rutin. Moga Allah merahmati, Amin =)

4 comments:

Nia Ridzwan said...

La Tahzan ya ukhti.
Innallaha ma'ana :)

Wanifina Azizan said...

Syukran nia. :)

anisyuhada said...

bangun bangun.cepat kuat! :*

Wanifina Azizan said...

anis syg ! saya kuat ! :)