Selalu aku dengar orang kata macam tu. Dan atas sebab ramai sangat gunakan ayat kat atas ni lah, yang banyak jadi punca perbalahan dan pergaduhan antara manusia keliling aku.
Sikit-sikit nak berahsia, sikit-sikit nak pendam. Atas alasan apa? “Some things are better left unsaid.” Hasrat di hati tak ingin mengeruhkan keadaan, tak nak menambah kedukaan, tapi di akhirnya? Sia-sia. Yang dipendam, kekal terendam dan jadi dendam. Yang dirahsia, berparut luka dan bikin sengsara.
Dan di saat kau sedar ada benda yang harus diluahkan, segala-galanya tidak dapat lagi diperbetulkan. Kerana apa?
Diri sendiri. Terlalu berhati-hati menjaga hati.
0 comments:
Post a Comment