Followers

Hari Terakhir



.

Mungkin

.

Rasanya seperti kau berlari, tiba jua di akhirnya namun kecewa. Kerana kau keseorangan. Tiada yang meraikan, tiada yang diimpikan.

.

Perasaan itu, tidak tergambar. 
Kalau sahaja mereka tahu yang sebetulnya penat lelah ini untuk apa. 
Kalau sahaja mereka cuba faham apa yang ada di dada.
Kalau.

.

Hari terakhir ini terasa hambar.
Ketawa sendiri.
Menangis sendiri.
Mengenang sendiri.
Merayu juga sendiri.

.

Selamat menikmati detik terakhir bekerja, Izwani. Hingga ke akhirnya.
Well done.

.

Kita bersua kembali, nanti.

Migstrik

Jangan selalu fikirkan aku
Jangan selalu risaukan aku
Bila aku sakit
Sebab itu hanya buat aku rasa perit
Menjadi insan yang perlu kau jaga
Yang entah bila akan lega

Maaf selalu begini
Ubat sana sini
Aku tahu aku buat kau runsing

Maaf selalu degil
Yang perlu kau bebel
Sampai mungkin buat kau pening

Aku
Aku ingin sihat seperti kalian
Yang tak berdamping dengan tablet harian
Aku bosan
Dengan pedih yang tak berkesudahan

For the time being, I always sick and burdened you much.
Sorry that you need to care, to hold and to love.
*sigh*

Kerana Perkara Kecil?




Ada kala kita rasa usaha yang dilakukan oleh seseorang itu terlalu kecil
Tapi kita tidak pernah faham betapa usaha kecil itu memberi kesan yang besar kepadanya

Ada kala juga kita rasa ayat yang kita keluarkan tidak membawa apa-apa tapi cukup untuk mengguris hati dia yang sekian lama berusaha

Ada kala kita lihat pengorbanan yang dia lakukan itu kecil cuma, tapi sebenarnya sangat besar dan bermakna bagi dia


Dan ada juga ketika yang dia kata tak apa tapi dalam hati dia melepaskan tangisan penuh merana


Gadis biasa yang tahu alirkan air mata
Bila dia bicara pergi sahaja
Dia sebenarnya berharap kau ada


Negatif sahaja yang ada dalam kepala
Itulah dia
Bila semua serba tak kena