Followers

Cereka Cinta




Cinta itu tidak semuanya indah
Yang senyap kian lenyap
Yang indah kian punah
Derita semakin berkayap

Aku lihat pungguk yang menantikan sang bulan
Muncul dan menyinarkan
Bak bintang yang berkerlipan
Tapi andai semua insan
Sedar akan pengorbanan
Masakan masih ada penyesalan
Musnahnya sebuah hubungan
Berkecainya pengharapan
Hingga terbit rawan
Episod yang tak berkesudahan

Mengapa persoalan dicipta
Bila dia setia tanpa peduli
Apa kau toreh dalam hati
Yang dia tahu cuma cinta

Ini nukilan setelah aku melihat kehidupan yang tak pernah puas dengan apa yang ada.

'Jawapan atau kesetiaan'
'Cinta atau isteri'

Tanpa aku sedari, kerana semua ini aku patah hati.

0 comments: