Followers

Diam Itu Bicara Yang Indah


Aku kira sudah terlalu lama aku meninggalkan lantunan rasa hati di sini. Bukan kerana aku lupa, cuma kerana terkadang, aku lebih banyak berbicara sehingga membuatkan aku meminggir pada bahasa jiwa.

Saat itu aku berdiam dari satu sudut. Memerhati dan menafsir dari mata kasar. 

Aku bukan mereka, namun hatiku terpanggil untuk merasakan segenap ruang yang ada, seluruh perasaan yang bermain tatkala rencana bermula. Mungkin sukar untuk menerima tetapi insan itu tetap menelan segalanya dengan keyakinan bahawa hanya Dia tahu kenapa.

Segalanya ibarat tali yang bergumpal dengan serabutnya ingin dirungkai segala kekusutan yang tercipta. Namun, semuanya seolah-olah semakin menyimpul antara satu sama lain. Membuatkannya terikat, terperangkap. 

Lalu insan itu mula membuka 'cerita'. Bait-bait katanya buat aku terpana dengan kesanggupan dia. Buat aku kagum dengan apa adanya dia menerima takdir Yang Esa. Tidak dipersoal mengapa.

Insan itu buat aku menjentik hati, akal dan minda untuk kali yang entah ke berapa.

Dia 
Buat aku tertanya

Sejauh mana kita sebagai hamba redha dengan ketentuanNya? Kadang biar terhantuk di kepala sekalipun pernah kita berfikir apa hikmahNya? Atau berterusan menyalahkan yang lain tanpa memandang apa kesalahan diri kita sebagai insan biasa?

Ingin terus pahat kuat dalam hati, setiap apa yang terjadi ada sebabnya. Cuma kau yang belum dapat melihat semuanya

Sungguh.
Diam itu buat aku bicara dengan lebih indah. 

Tembak doa dari sini. Semoga dipermudahkan segalanya. :')



0 comments: